ELECTRONEUM

Electroneum(ETN) adalah salah-satu matawang Kripto yang berasal dari Great Britain. Ianya adalah matawang Kripto pertama yang boleh dilombong dengan hanya menggunakan telefon bimbit.

Electroneum yang dibina di atas blockchainnya sendiri telah dibangunkan untuk menarik perhatian 2.2 bilion pengguna telefon bimbit untuk menggunakan matawang Kripto ini. Ia dilancarkan melalui penjualan token yang bermula dari 14 September 2017 dan menyediakan satu peluang yang unik.

Pasaran matawang Kripto begitu jelas dikuasai oleh Bitcoin menjadikan kumpulan pengkaji dan pemikir ETN memikirkan kaedah dan teknologi baru untuk menguasai pasaran. Electroneum adalah satu lonjakan besar kehadapan dimana mereka memikirkan tentang penggunaan dan pelaburan didalam produk matawang Kripto mereka terus kepada pengguna dengan mensasarkan terus kepada pengguna telefon bimbit. 

Apa yang sangat menarik peminat matawang Kripto mengenai Electroneum adalah ia menggabung kesemuanya didalam satu aplikasi, melombong, jual-beli, dan e-dompet. Ianya sekaligus akan memudahkan pengguna matawang kripto berurusan. Selain dari itu ianya dibekalkan dengan kadar yang tinggi bagi mengurangkan jumlah decimal yang ada ketika berurus niaga, agar tidak mengelirukan pengguna.

Maklumat asas :

Nama Kripto : ELECTRONEUM

Simbol : ETN
Asal : Great Britain
Nilai ICO : 40 000 000 USD
Jumlah Bekalan : 21 Bilion
Pasukan : Bermula dengan 14 Individu
Harga Pembukaan : 1 ETN = 0.01 USD
Mula berurusan : 14 September 2017
Blockchain : Electroneum

Kunci asas kekuatan ELECTRONEUM.
  1. Jumlah bekalan matawangnya mencecah 21 Bilion, ini beerti hanya 2 decimal akan digunakan dalam urusniaga dan ianya sama seperti kita mengguna wang fiat kita.
  2. Menyediakan aplikasi e-dompet yang mudah diurus menggunakan telefon pintar, dan lebih unik lagi aplikasi tersebut juga boleh digunakan untuk melombong matawang electroneum.
  3. Menyediakan platform mikro transaksi yang sangat pantas untuk pengguna berlainan aplikasi, permainan video dan pengguna lain termasuk pelanggan.
  4. Dibangunkan dengan sistem blockchain sendiri yang disekalikan dengan aplikasi e-dompet dan perlombongan yang menjadikan ianya paling unik untuk mana-mana matawang kripto yang berada dipasaran sehingga 2017 ini.
  5. Mempunyai pasukan yang sangat mantap dari sudut pembangunan perisian dan matlamat dalam mendominasi pengguna matawang kripto berasaskan telefon pintar.
  6. Perancangan, konsep dan idea yang dibentangkan didalam kertas putih (Whitepaper) membuka banyak mata termasuk Dungan Logan pemilik RocketSpace yang sebelum ini adalah pelabur Bitcoin & Ethereum untuk buat pertama kalinya membeli ICO Electroneum. 
Electroneum juga digelar “A simple explanation of cryptocurrencies” kerana ianya tidak rumit untuk difahami apabila semuanya diatur dan disusun rapi didalam satu aplikasi.


Info lanjut mengenai ELECTRONEUM :


Web http://electroneum.com

Blog http://electroneum.com/blog/
Facebook https://www.facebook.com/electroneum

Twitter https://twitter.com/electroneum
Slack https://electroneum.slack.com/join
Telegram https://telegram.me/electroneum
Github https://github.com/electroneum
Whitepaper http://electroneum.com/overview-white-paper.pdf


ICO Rating :
Electroneum (ETN)

ICO Bench Rating :
Electroneum ICO rating

Track ICO Rating :
Electroneum TrackICO rating

CoinMarketCap :

Pelawat :